Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

1 Nov 2025 - KAJIAN TENAGA KERJA (KTK) DIADAKAN PADA NOVEMBER 2025
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang menjalankan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2025 pada 3 November hingga 30 November 2025 bertujuan untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai saiz, struktur, taburan dan ciri-ciri tenaga kerja, pekerjaan, pengangguran dan lain-lain ciri-ciri ekonomi penduduk. Hasil kajian ini akan digunakan dalam membantu perancangan dan penggubalan dasar yang berkesan dalam memperkukuh pasaran kerja dan ekonomi negara.   

Pada 1 November 2025, Majlis Mengangkat Sumpah telah diadakan dan turut hadir disaksikan oleh Yang Mulia Awang Bahrum bin Haji Kadun, Pemangku Pengarah, Jabatan Perangkaan, JPES bagi pelantikan 76 orang pegawai kajian. 

Pegawai kajian ini akan memastikan data tenaga kerja dikumpulkan adalah yang berkualiti, tepat dan boleh dipercayai. Latihan juga diberikan fokus kepada pemahaman konsep tenaga kerja, etika kerja luar, dan penggunaan Computer Assisted Personal Interview (CAPI) tablet.

Pegawai kajian juga diingatkan bahawa segala maklumat yang dikumpulkan di bawah Akta Perangkaan, Penggal 81 dari Undang-Undang Negara Brunei Darussalam adalah dirahsiakan dan adalah menjadi tanggungjawab semua pegawai kajian KTK untuk menyimpan dan menjaga semua maklumat yang dikumpul dengan mengikut protocol kerahsiaan.

read more          info pack

 
 
 
 
 




Attachments
Created at 11/4/2025 10:33 AM by haimi.yarmin
Last modified at 11/4/2025 2:12 PM by haimi.yarmin