
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang
menjalankan Penyenaraian Tempat Kediaman bermula pada 4 Ogos hingga 24 Ogos 2025 bertujuan
untuk membina pangkalan data komprehensif dan terkini yang boleh digunakan untuk Kajian Tenaga
Kerja (KTK) bagi tahun 2025.
Pada 26 Julai 2025, Majlis Mengangkat Sumpah telah diadakan dan turut hadir disaksikan oleh Yang
Mulia Dayang Hajah Titisutinah binti Haji Mohd Diah, Pemangku Pengarah, Jabatan Perangkaan, JPES
bagi pelantikan 76 orang pegawai kajian yang baharu. Pegawai-pegawai yang dilantik adalah merupakan
barisan hadapan yang diamanahkan untuk mendapatkan dan mengumpulkan data dan maklumat
isirumah dengan lebih terperinci bagi kawasan yang telah ditetapkan.
Read more




