Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan mengendalikan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2025 bermula Ogos 2025 sehingga November 2025.
Tujuan KTK 2025 ialah untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai saiz, struktur, taburan dan ciri-ciri tenaga kerja, pekerjaan, pengangguran dan lain-lain ciri-ciri ekonomi penduduk yang akan digunakan dalam membantu perancangan, penyelidikan, penyediaan dasar dan pengurusan tenaga kerja.
Pemohon yang berminat dan memenuhi syarat boleh menekan
pautan yang diberikan atau mengimbas
kod QR yang disediakan.