Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

7 Oct 2023 - KAJIAN TENAGA KERJA (KTK) TAHUNAN AKAN DIADAKAN PADA OKTOBER 2023
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan mengendalikan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2023 bermula 16 Oktober hingga 12 November 2023 di keempat empat daerah.

Bagi menandakan bermulanya Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2023 pada 16 Oktober 2023, satu Majlis Mengangkat Sumpah bagi Pegawai-Pegawai Kajian Tenaga Kerja 2023 melibatkan 80 orang pegawai kajian yang dilantik telah diadakan pada petang ini. Majlis tersebut diadakan bertempat di Dewan Kyoto, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah JPES, Yang Mulia Awang Hairol Nizam bin Haji Abdul Hamid.

#bruneidarussalam #statistics #jpes #labourforce #survey2023 #mofe"





















Attachments
Created at 10/7/2023 4:33 PM by JPES Admin 1
Last modified at 10/7/2023 4:33 PM by JPES Admin 1