Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

1 Aug 2023 - Kajian Perbelanjaan Keluarga (KPK) 2023/24 bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Julai 2024.
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kini mengendalikan Kajian Perbelanjaan Keluarga (KPK) 2023/24 bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Julai 2024.

KPK 2023/24 adalah merupakan kajian yang ke-tujuh (7) seumpamanya dikendalikan di Negara Brunei Darussalam. Mulai tahun 2005, KPK dikendalikan setiap lima (5) tahun sekali, selaras dengan garis pandu dan piawaian antarabangsa.

Objektif utama KPK 2023/24 ialah untuk mengumpul maklumat terkini mengenai corak perbelanjaan dan tahap pendapatan keluarga. Maklumat daripada kajian ini nanti akan digunakan sebagai maklumat penting dalam membantu perancangan, penyelidikan, penyediaan dasar, dan pengurusan sosio-ekonomi negara.

Keluarga yang terpilih adalah diingatkan supaya memastikan penemuduga yang datang membuat lawatan adalah pegawai kajian yang telah dilantik dan berautoriti melalui vest rasmi, autoriti pas, surat lantikan, dan kad pengenalan mereka.  Keluarga yang terpilih juga adalah dikehendaki untuk merekod keterangan bagi semua  perbelanjaan yang dibuat untuk tempoh satu bulan sahaja. 

Sebarang pertanyaa mengenai KPK 2023/24 ini bolehlah dirujuk ke JPES seperti berikut:

Laman Sesawang: deps.mofe.gov.bn
Instagram: statistics.jpes




Attachments
Created at 8/1/2023 4:13 PM by Awg Mohammad Haimi Bin Yarmin @ Yamin
Last modified at 8/1/2023 4:13 PM by Awg Mohammad Haimi Bin Yarmin @ Yamin