Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan mengendalikan Kajian Perbelanjaan Keluarga (KPK) 2023/24 bermula 1 Ogos 2023 sehingga 31 Julai 2024.
KPK 2023/24 adalah merupakan kajian yang ketujuh seumpamanya dikendalikan di Negara Brunei Darussalam. Mulai tahun 2005, KPK dikendalikan setiap 5 tahun sekali, selaras dengan garispandu antarabangsa.
Objektif utama KPK 2023/24 ialah untuk mengumpulkan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai corak perbelanjaan dan tahap pendapatan keluarga di Negara Brunei Darussalam dan untuk pengemaskinian Indeks Harga Pengguna (IHP) dan sebagai maklumat tambahan bagi Perangkaan Akaun Negara serta Perangkaan Sosial.
Pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat bolehlah menekan pautan yang disediakan atau mengimbas kod QR yang disediakan.
