Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) di Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan dan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna (JHEP) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan operasi bersepadu yang dilaksanakan ke atas premis-premis perniagaan di Pekan Seria, Daerah Belait pada hari Rabu, 22hb Mac 2023.




