Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

26 Nov 2022 - Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2022, Memohon semua isirumah yang terpilih supaya akan dapat memberikan kerjasama sepanjang tempoh kajian dijalankan.

​Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2022 yang dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah bermula pada 14 November 2022. Kajian ini dijalankan selama empat (4) minggu dan akan berakhir pada 11 Disember 2022.

Justeru itu, sokongan dan kerjasama semua keluarga terpilih dalam memberikan maklumat yang tepat dan lengkap adalah sangat diharapkan bagi sama-sama menjayakan kajian ini. Ketua isirumah yang terlibat disarankan untuk menyediakan awal maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan setiap ahli isirumah serta ciri-ciri peribadi lain termasuk pendidikan dan pekerjaan seperti jawatan, tempat bekerja, jam bekerja dan sebagainya.

Keluarga terpilih adalah diingatkan supaya memastikan penemuduga yang datang membuat lawatan adalah pegawai kajian yang telah dilantik melalui pas kajian, surat lantikan dan kad pengenalan mereka serta vest rasmi JPES.

Sebarang pertanyaan mengenai KTK 2022 ini bolehlah dirujuk ke JPES seperti berikut:

Telefon    : 2233344 sambungan 462 (waktu pejabat) 
E-mel    : info.statistics@jpes.gov.bn
Laman Sesawang    : deps.mofe.gov.bn
Instagram    : statistics.jpes

 

 

 



Attachments
Created at 11/28/2022 9:11 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 11/28/2022 9:11 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin