Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

14 Nov 2022 - Kajian Tenaga Kerja 2022
​​Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan mengendalikan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2022 bermula 14 November hingga 11 Disember 2022 di keempat empat daerah.

Bagi menandakan bermulanya Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2022, satu Majlis Mengangkat Sumpah bagi Pegawai-Pegawai Kajian Tenaga Kerja 2022 melibatkan 74 orang pegawai kajian yang dilantik telah diadakan pada pagi ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Hajah Norliah binti Haji Kula, Setiausaha Tetap (Fiskal I) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Majlis tersebut diadakan bertempat di Dewan Israq, Institut Perkhidmatan
Awam, Jalan Kampong Rimba.



 

 

 

 

 

 


​​


Attachments
Created at 11/19/2022 8:59 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 3/30/2023 8:52 AM by Awg Mohammad Haimi Bin Yarmin @ Yamin