Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKajian Tenaga Kerja 2024

                                                                                               

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang mengendalikan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2024 bermula pada 14 Oktober hingga 10 November 2024.

 

Tujuan KTK 2024 ialah untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai saiz, struktur, taburan dan ciri-ciri tenaga kerja, pekerjaan, pengangguran dan lain-lain ciri-ciri ekonomi penduduk. Maklumat ini akan digunakan dalam membantu perancangan, penyelidikan dan penyediaan dasar tenaga kerja.

 

Pegawai-pegawai kajian akan mengunjungi tempat-tempat kediaman untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Di antara maklumat yang diperlukan adalah nombor kad pengenalan setiap ahli isirumah serta maklumat lain termasuk pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.

 

Ketua atau ahli isirumah yang terpilih adalah diingatkan supaya memastikan pegawai kajian yang datang membuat lawatan adalah pegawai kajian yang telah dilantik melalui pas kajian, surat lantikan dan kad pengenalan mereka serta vest rasmi JPES.

 

Sokongan dan kerjasama semua isirumah terpilih semasa KTK 2024 adalah sangat diharapkan bagi sama-sama menjayakan kajian ini.

 

Sebarang pertanyaan mengenai KTK 2024 ini bolehlah dirujuk ke JPES seperti berikut

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES)

Unit 5.04/5.05, West Wing, Block 2A, Jalan Ong Sum Ping

Bandar Seri Begawan BA1311

No. Telefon: 7469844

E-mel: info.statistics@jpes.gov.bn