Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik sedang menjalankan Penyenaraian Tempat Kediaman bermula pada 3 Ogos hingga 23 Ogos 2026 bertujuan untuk mengemaskini senarai tempat kediaman serta maklumat isi rumah di kawasan yang ditetapkan.

Pada 1 Ogos 2026, Majlis Mengangkat Sumpah telah diadakan dan turut hadir disaksikan oleh Yang Mulia Awang Bahrum bin Haji Kadun, Pemangku Pengarah, Jabatan Perangkaan, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik bagi pelantikan 78 orang pegawai kajian yang baharu. Pegawai-pegawai yang dilantik adalah merupakan barisan hadapan yang diamanahkan untuk mendapatkan dan mengumpulkan data dan maklumat isi rumah dengan lebih terperinci bagi kawasan yang telah ditetapkan.

read more

//edata