JPES sedang melaksanakan Penyenaraian Tempat Kediaman (Houselisting) bermula 3 hingga 23 Ogos 2026 bagi mengumpulkan maklumat asas mengenai isi rumah di kawasan-kawasan yang telah dipilih.
Penyenaraian ini bertujuan untuk mengemaskini senarai tempat kediaman dan maklumat isi rumah di kawasan terpilih sebagai persediaan bagi Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2026 yang akan dijalankan pada Oktober 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, penemuduga yang di lantik oleh JPES akan membuat lawatan ke tempat kediaman antara jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam, tertakluk kepada jadual lawatan dan temu janji yang telah dipersetujui bersama isi rumah.
Bagi tujuan keselamatan, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan penemuduga yang hadir merupakan petugas JPES yang sah dengan membuat pengesahan melalui pas kajian, surat lantikan, kad pengenalan dan vest rasmi JPES.
Kerjasama dan sokongan daripada semua isi rumah yang terpilih amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kajian ini.
#bruneidarussalam #statistics #labourforcesurvey2026 #LFS



